Saturday, August 21, 2010

Tugu Negara






Felix De Weldon
Pencipta Tugu Negara


Walau bagaimanapun, adakah anda tahu, siapakah yang mencipta tugu gangsa tersebut? mungkin ramai yang tidak tahu kan..so saya nak cerita serba sedikit tentang Tugu Negara ni..

1. 
   Di dunia ini hanya ada 2 sahaja tugu yang seperti Tugu Negara ini. Satu di Amerika Syarikat- Tugu Peringatan Perang Iwojima, dan Tugu Negara di Malaysia.
2. 
    Kedua-dua tugu ni diciptakan oleh orang yang sama iaitu Felix De Weldon, rakyat Itali.
3. 
    Ilham untuk mencipta Tugu Negara ini datangnya daripada YM Tunku Abd.Rahman Putra Al-Hjj, Perdana Menteri Malaysia, yang pada masa itu mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat dalam tahun 1961. Pada masa itu juga YM Tunku diberi penghormatan untuk meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Perang Iwojima.
4.
     Bila YM Tunku pulang ke Malaysia, beliau selaku PM telah mengarahkan satu plan untuk membina tugu yang serupa dengan Tugu Peringatan Iwojima di Amerika Syarikat.
5. 
     Pihak Kementerian Luar telah menghubungi Felix De Weldon bagi menyampaikan hasrat membina Tugu Negara ini, dan Felix De Weldon telah bersetuju.
6.
    Kos untuk membina Tugu Negara ini adalah RM 1.3 juta. Duit yang sebanyak itu sebahagiannya disumbangkan oleh orang ramai dan selebihnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.
7. 
     Jangka masa untuk membina Tugu Negara ini ialah selama 3 tahun ( 1961-1963 ).
8.  
    Terdapat 5 patung gangsa diukir masing-masingnya setinggi 10 kaki. Setiap satu patung ini berdiri di atas tubuh musuh-musuh yang telah mati yang digambarkan sebagai askar-askar Jepun dan pengganas Komunis.
9.
     Pada pertengahan tahun 1963, Tugu yang dinamakan sebagai Tugu Negara ini siap dan diletakan di Jalan Parlimen.

Maksud Nama,Lambang,dan Warna

             


     JALUR – menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih yang menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG – bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa jua bidang kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu-padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara sama ada di dalam atau di luar negara. 
Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang yang sama lebarnya, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan sebagai tanda agama persekutuan iaitu Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Warna biru ini melambangkan rakyat yang bersatu-padu dan hidup dalam kerukunan dan kedamaian. Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Manakala warna putih pula melambangkan keluhuran budi dan keikhlasan hati. Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.



 

Lahirnya Jalur Gemilang

Jalur Gemilang telah dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah pada tahun 1947 yang ketika itu berusia 29 tahun dan merupakan seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor Bahru, Johor.
Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950.
Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor. Al-Fatihah...

Mohamad bin Hamzah
(1918-1993)




(surat proposal Mohamad bin Hamzah)

Friday, August 20, 2010


Diambang Kemerdekaan



Peristiwa Di Malam Bersejarah
Menjelang malam 30 Ogos, kelihatan jalan-jalan sekitar Bandar Kuala Lumpur dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan awam yang membawa bendera Persekutuan Tanah Melayu. Batu Road umpamanya, sesak dengan kereta, bas, beca, basikal serta pejalan-pejalan kaki. Tua dan muda bersama-sama melangkah berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor. Suasana malam penuh meriah diterangi lampu-Iampu hiasan di jalan-jalan dan bangunan sekeliling. Banyak kedai-kedai di sepanjang Batu Road dibuka sehingga larut malam.

Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang bertulis yang tertinggi dan terutama yang menjadi rujukan bagi pentadbiran negara. Perlembagaan ini mengagihkan kuasa tadbir urus negara menurut amalan sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen. Perlembagaan ini boleh dipinda dengan sokongan majoriti sekurang-kurangnya dua pertiga di Parlimen.

Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan; beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan. Setiap warganegara perlu mengetahui hak asasi masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Thursday, August 19, 2010

Perdana Menteri Malaysia

 Y.A.B DATO' SRI MOHD NAJIB 
TUN ABDUL RAZAK
                                                                                                                                                               Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pada 3 April 2009. Beliau menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti. Dato’ Sri Najib, anak sulung kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah di St. John’s Institution. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran peringkat menengah di Malvern Boy’s College, Worcestershire, England. 

Thursday, August 12, 2010

Aktiviti dan Program Sambutan Kemerdekaan ke -53

Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang

1 Ogos 2010
tempat;
Stadium Utama,Kangar,
Perlis.
Masa 8.00 pm-10.30 pm


Acara Pembarisan dan Perarakan

                                                                            
31 Ogos 2010
Tempat:Stadium Putra,Bukit Jalil
Kuala Lumpur
masa:7.00 am- 9.30 am


                                                              Perayaan Hari Malaysia


16 September 2010
Padang Merdeka,Kota Kinabalu,Sabah
masa: 9.00 am-10.30 am